Saturday 7 January 2017

NEW PRODUCT 2017 KLCK




PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN 2017
 
 

Alhamdulillah menjelang tahun baharu 2017 KLCK melangkah setapak lagi ke hadapan dengan produk baharu 2017.

 

==========================================================

 

Apa yang kami tawarkan kepada anda?

 

Kali ini KLCK menyediakan produk yang mesra pelanggan kerana ada yang berlainan citarasa. Di sini kami menyediakan kek mengikut kehendak pelanggan :


Permintaan  1 : Kek Lapis Tradisional

Anda boleh memilih kek lapis Rempah. Kek ini mempunyai rasa yang unik kerana ramuan yang terdapat di dalam kek ini adalah Cinnamon Powder. Terasa aroma cinnamon yang memikat hati serta rasa kek yang lembut dan wangi.

 

 Image may contain: text

 

Permintaan 2 : Kek Lapis kurang warna

Rata-rata bangsa Cina kurang gemar dengan kek yang mempunyai warna yang pelbagai. Jangan risau KLCK ada menyediakan kek terkini iaitu Kek Lapis Prune dan Kek Lapis Gula Apong Coklat. Rasa kedua-dua kek ini sangat unik kerana masing-masing mempunyai rasa yang berbeza tetapi tetap sedap. Jika dilihat kepada persembahan kek lapis gula apong coklat, pelanggan akan terpikat dengan kecantikan yang ada pada tengah-tengah kek. Anda tidak akan rugi untuk mencuba kek lapis gula apong coklat ini kerana ada keunikan disebalik rasa kek tersebut. 

 

 

Image may contain: food

 Image may contain: text


Permintaan 3 :  Kek Lapis vanilla ais krim

Ada yang meminta KLCK membuat kek lapis yang berasaskan powder ais krim. Kami lepaskan hajat pelanggan dengan terciptanya kek lapis Ais Krim Vanilla. Rasa kek ini sangat wangi dan lembut. Tidak rugi rasanya jika pelanggan mencuba. 

 

No automatic alt text available.

 

Permintaan 4 :  Kek Lapis yang mempunyai rasa fruity

Kek Lapis Case tercipta sempena mengambil nama penganjur BMC yang saya sertai hujung tahun lepas November 2016. Rezeki di pihak saya kerana telah berjaya memenangi geran sebanyak RM10,000. 

 

Speaker dan President CASE mencadangkan agar KLCK mencipta kek lapis yang mengikut warna tema syarikat tersebut iaitu biru dan putih. Maka terhasillah Kek Lapis Case.  Rasa kek ini sangat lembut kerana mempunyai campuran fruity dan cheese. Kenapa saya pilih cheese? Saya menghormati kegemaran speaker yang membimbing kami ketika berlangsungnya kursus BMC di Hotel Hilton Kuching yang lalu. Beliau sangat gemar makan kek lapis yang kaya dengan rasa cheese.

 

 

 

Jika anda berminat untuk merasai keenakan kek lapis cikgu kayah sila hubungi 
013 8068922
FB : kek lapis cikgu kayah group / Rukayah Lias
ASIM KAYAH PLT