Saturday 29 July 2017

RAMADHAN 2017

KEK LAPIS SARAWAK MOIST, LEMBUT DAN DIMINATI RAMAI.


No automatic alt text available.
SEBAHAGIAN ORDER RAYA 2017
Alhamdulillah berkat usaha penat lelah keluarga KLCK, kami berhasil menyiapkan tempahan kek lapis sarawak #kek lapis cikgu kayah. Ini adalah sebahagian daripada tempahan yang bakal dihantar untuk kawasan berdekatan seperti Oya, Igan, Mukah dan Dalat. 

Seperti biasa KLCK akan menetapkan satu tarikh penghantaran bagi kawasan Mukah dan pembeli akan mengambil kek masing-masing seperti yang telah dijanjikan. Bagi kawasan yang berdekatan KLCK lebih suka jika pelanggan yang datang ke rumah untuk mengambil tempahan masing-masing. Dari situ ikatan ukhwah lebih erat dengan bersilaturahim.


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Bersama pelanggan KLCK
Image may contain: 4 people, people smiling
Senyuman manis di wajah mereka

Image may contain: 1 person
Pasaraya Glory Mukah
Saya sangat bersyukur kerana pemilik  pasaraya Glory memberi kepercayaan kepada KLCK untuk menjual kek lapis sarawak di pasaraya beliau. Hampir setiap tahun beliau akan menelefon dan membeli kek lapis sarawak pada musim Ramadhan. Walaupun beliau berbangsa Cina, kami tiada masalah dari segi komunikasi.




Image may contain: 1 person, sitting, car and outdoor
Penghantaran ke Miri

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran kek lapis menggunakan bas ke Miri, Sibu, Kuching, Bintulu dan Sarikei. Perkhidmatan ini lebih ekonomi berbanding pengeposan dengan mengunakan pos laju. Kek lapis juga lebih selamat dan tidak rosak, kerana kek cepat sampai dalam masa 1 hari.

Semua ejen KLCK yang berada di Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri lebih berminat menggunakan perkhidmatan bas ini. Mereka cuma datang mengambil bungkusan di kaunter bas tempat tinggal masing-masing.



No automatic alt text available.
Tempahan pos laju


No automatic alt text available.
Bungkusan pos laju 



No automatic alt text available.
Bungkusan terus dihantar ke Pos Office Mukah


Pada tahun ini KLCK telah menggunakan perkhidmatan pos laju secara kontrak. Tahun lepas kami menggunakan dua jenis perkhidmatan iaitu swasta dan pos laju Malaysia. Memandangkan kos penghantaran bagi pos swasta sangat mahal, kami beralih arah kepada pos laju secara kontrak. Ini lebih memudahkan pekerja KLCK menghantar bungkusan. Kebetulan pula pengurus pos laju cawangan Mukah ini sangat ramah dan sudah saya kenali lama. Maka, tiada masalah akan berlaku dari segi penghantaran.


Setakat ini saja perkongsian saya tentang tempahan raya 2017. Semoga usaha ini berterusan dan mendapat rahmat daripada Allah swt. Amin.....


Sekian
kek lapis cikgu kayah
Asim Kayah PLT
013 8068922





Thursday 27 July 2017

KEK LAPIS FRUITY CHEESE

Image may contain: text
KEK LAPIS FRUITY  CHEESE

Ramai yang meminati rasa kek lapis fruity ini kerana rasa yang moist, dan kaya dengan cheese. 
Rasa filling buah yang segar dan berwarna warni mampu membangkitkan keghairan kita untuk merasai keenakan kek lapis fruity ini.

Anda tidak akan rugi jika dapat memiliki sepotong kek lapis fruity ini.

Jika nak try boleh pm
013 8068922
FB rukayah lias / kek lapis cikgu kayah page
ASIM KAYAH PLT 


KEK LAPIS NUTELLA BITE ME!!



NEW RESIPI

Kek Lapis Nutella Bite ME!!

Ramai yang meminati rasa kek ini kerana rasa coklat nutella yang manis dan enak beserta dengan rasa ranggup kacang almond.

Kenapa saya cipta kek ini??
Saya peminat kacang!!

Semua jenis kekacang saya minat terutamanya kacang almond. Maka terhasillah kek lapis Nutella Bite Me!!

Kenapa diberi nama Bite Me!!
Kerana setiap gigitan itu akan terasa keranggupan kacang almond.

Rasa sangat moist.......

Jika anda tak percaya bite me!!

013 8068922
KEK LAPIS CIKGU KAYAH
ASIM KAYAH PLT

Saturday 7 January 2017

NEW PRODUCT 2017 KLCK




PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN 2017
 
 

Alhamdulillah menjelang tahun baharu 2017 KLCK melangkah setapak lagi ke hadapan dengan produk baharu 2017.

 

==========================================================

 

Apa yang kami tawarkan kepada anda?

 

Kali ini KLCK menyediakan produk yang mesra pelanggan kerana ada yang berlainan citarasa. Di sini kami menyediakan kek mengikut kehendak pelanggan :


Permintaan  1 : Kek Lapis Tradisional

Anda boleh memilih kek lapis Rempah. Kek ini mempunyai rasa yang unik kerana ramuan yang terdapat di dalam kek ini adalah Cinnamon Powder. Terasa aroma cinnamon yang memikat hati serta rasa kek yang lembut dan wangi.

 

 Image may contain: text

 

Permintaan 2 : Kek Lapis kurang warna

Rata-rata bangsa Cina kurang gemar dengan kek yang mempunyai warna yang pelbagai. Jangan risau KLCK ada menyediakan kek terkini iaitu Kek Lapis Prune dan Kek Lapis Gula Apong Coklat. Rasa kedua-dua kek ini sangat unik kerana masing-masing mempunyai rasa yang berbeza tetapi tetap sedap. Jika dilihat kepada persembahan kek lapis gula apong coklat, pelanggan akan terpikat dengan kecantikan yang ada pada tengah-tengah kek. Anda tidak akan rugi untuk mencuba kek lapis gula apong coklat ini kerana ada keunikan disebalik rasa kek tersebut. 

 

 

Image may contain: food

 Image may contain: text


Permintaan 3 :  Kek Lapis vanilla ais krim

Ada yang meminta KLCK membuat kek lapis yang berasaskan powder ais krim. Kami lepaskan hajat pelanggan dengan terciptanya kek lapis Ais Krim Vanilla. Rasa kek ini sangat wangi dan lembut. Tidak rugi rasanya jika pelanggan mencuba. 

 

No automatic alt text available.

 

Permintaan 4 :  Kek Lapis yang mempunyai rasa fruity

Kek Lapis Case tercipta sempena mengambil nama penganjur BMC yang saya sertai hujung tahun lepas November 2016. Rezeki di pihak saya kerana telah berjaya memenangi geran sebanyak RM10,000. 

 

Speaker dan President CASE mencadangkan agar KLCK mencipta kek lapis yang mengikut warna tema syarikat tersebut iaitu biru dan putih. Maka terhasillah Kek Lapis Case.  Rasa kek ini sangat lembut kerana mempunyai campuran fruity dan cheese. Kenapa saya pilih cheese? Saya menghormati kegemaran speaker yang membimbing kami ketika berlangsungnya kursus BMC di Hotel Hilton Kuching yang lalu. Beliau sangat gemar makan kek lapis yang kaya dengan rasa cheese.

 

 

 

Jika anda berminat untuk merasai keenakan kek lapis cikgu kayah sila hubungi 
013 8068922
FB : kek lapis cikgu kayah group / Rukayah Lias
ASIM KAYAH PLT