Saturday 29 July 2017

RAMADHAN 2017

KEK LAPIS SARAWAK MOIST, LEMBUT DAN DIMINATI RAMAI.


No automatic alt text available.
SEBAHAGIAN ORDER RAYA 2017
Alhamdulillah berkat usaha penat lelah keluarga KLCK, kami berhasil menyiapkan tempahan kek lapis sarawak #kek lapis cikgu kayah. Ini adalah sebahagian daripada tempahan yang bakal dihantar untuk kawasan berdekatan seperti Oya, Igan, Mukah dan Dalat. 

Seperti biasa KLCK akan menetapkan satu tarikh penghantaran bagi kawasan Mukah dan pembeli akan mengambil kek masing-masing seperti yang telah dijanjikan. Bagi kawasan yang berdekatan KLCK lebih suka jika pelanggan yang datang ke rumah untuk mengambil tempahan masing-masing. Dari situ ikatan ukhwah lebih erat dengan bersilaturahim.


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Bersama pelanggan KLCK
Image may contain: 4 people, people smiling
Senyuman manis di wajah mereka

Image may contain: 1 person
Pasaraya Glory Mukah
Saya sangat bersyukur kerana pemilik  pasaraya Glory memberi kepercayaan kepada KLCK untuk menjual kek lapis sarawak di pasaraya beliau. Hampir setiap tahun beliau akan menelefon dan membeli kek lapis sarawak pada musim Ramadhan. Walaupun beliau berbangsa Cina, kami tiada masalah dari segi komunikasi.




Image may contain: 1 person, sitting, car and outdoor
Penghantaran ke Miri

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran kek lapis menggunakan bas ke Miri, Sibu, Kuching, Bintulu dan Sarikei. Perkhidmatan ini lebih ekonomi berbanding pengeposan dengan mengunakan pos laju. Kek lapis juga lebih selamat dan tidak rosak, kerana kek cepat sampai dalam masa 1 hari.

Semua ejen KLCK yang berada di Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri lebih berminat menggunakan perkhidmatan bas ini. Mereka cuma datang mengambil bungkusan di kaunter bas tempat tinggal masing-masing.



No automatic alt text available.
Tempahan pos laju


No automatic alt text available.
Bungkusan pos laju 



No automatic alt text available.
Bungkusan terus dihantar ke Pos Office Mukah


Pada tahun ini KLCK telah menggunakan perkhidmatan pos laju secara kontrak. Tahun lepas kami menggunakan dua jenis perkhidmatan iaitu swasta dan pos laju Malaysia. Memandangkan kos penghantaran bagi pos swasta sangat mahal, kami beralih arah kepada pos laju secara kontrak. Ini lebih memudahkan pekerja KLCK menghantar bungkusan. Kebetulan pula pengurus pos laju cawangan Mukah ini sangat ramah dan sudah saya kenali lama. Maka, tiada masalah akan berlaku dari segi penghantaran.


Setakat ini saja perkongsian saya tentang tempahan raya 2017. Semoga usaha ini berterusan dan mendapat rahmat daripada Allah swt. Amin.....


Sekian
kek lapis cikgu kayah
Asim Kayah PLT
013 8068922





No comments:

Post a Comment