Wednesday 2 June 2021

Saya datang lagi setelah lama menyepi

 Assalammualaikum...

 

Lamanya blog saya bersawang. Baru ada kesempatan untuk berkongsi segala macam tips, pegalaman dan ilmu untuk para pembaca.

 

2018 Allah anugerahkan rezeki anak kepada saya setelah hampir 14 tahun berkahwin. Alhamdulillah... baby girl. Kami panggil dia dengan panggilan Eisya. Rentetan daripada itulah saya tiada masa untuk menulis di blog. Masa banyak kepada urusan rumah tangga dan menjaga anak yang masih kecil.

 

Rezeki daripada Allah... sekarang  Eisya dah berumur 2 tahun 8 bulan. Penyeri hidup mama dan yan. Banyak telatahnya yang menghiburkan. Kadang2 tersenyum sorang mama bila melihat aksi joget doraemonnya.


Semoga Eisya diberi kesihatan yang baik, anak yang solehah dan menjadi orang yang dihormati oleh masyarakat.

 Umur setahun lebih


Masa ni Eisya pergi UK. Alhamdulillah tak banyak karenah dan mudah dibawa ke mana2 sahaja, Walaupun suhu sangat sejuk tapi Eisya tetap tidak merengek.

 

Eisya adalah anugerah terindah buat kami berdua, Terima kasih Allah.

1 comment: